Popular Posts

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Datuk Seri Lajim Ukin Letak Jawatan!!!


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin melambai tangan sebelum beredar dari bangunan Parlimen di sini, hari ini. -Foto Bernama


KOTA KINABALU – Datuk Seri Lajim Ukin, yang lima hari yang lalu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

Beliau merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan tindakannya yang diputuskan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) agak mengejutkan banyak pihak.
br />
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno, dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.

“Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

“Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan… kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya,” katanya dipetik Bernama.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan ‘Pakatan Perubahan Sabah’ (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

“Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telah dihantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat,” katanya yang dipetik portal berita New Sabah Times pada Isnin lalu.
Sebelum ini, Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Lajim berkata, beliau masih ‘pemimpin kerajaan’ dan meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.
Sinar

Papa Gomo disaman RM10 juta!!!?

KOTA BHARU – Googlemalays | Peguam terkenal, Datuk Sukri Mo­ha­med memfailkan saman fit­nah berjumlah RM10 juta ter­hadap blogger pro Umno, Papagomo berikutan penye­baran beberapa artikel yang mendakwa ahli politik itu me­nyeleweng wang rakyat Kelantan.

Writ saman itu dikemuka­kan terhadap blogger Papa­gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, baru-baru ini.

Dalam writ saman itu, Ahli Suruhanjaya Perkhidma­tan Negeri Kelantan itu men­dakwa artikel-artikel yang di­muatkan dalam blog itu secara terbuka memfitnahnya iaitu “Ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sul­tan Kelantan’, pada 4 Mei 2011.

Kandungan tulisan itu an­tara lain menyebut plaintif kononnya mengarahkan Peja­bat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh menurap jalan tar di atas tanah persendirian miliknya di Banggol Mak Esah, Pasir Puteh, Kelantan bagi meraikan majlis persandingan anaknya pada 16 April 2011 menggunakan Dana WANG RAKYAT KELANTAN dari Pejabat Tanah dan Jajahan Pa­sir Puteh. Kos yang di­anggarkan dalam penurapan jalan tar tersebut di laporkan ber­jumlah RM200,000.

Artikel kedua bertajuk “Eksklusif - Wang Komisen RM700,000 Hasil Kayu Balak Kelantan Milik Siapa?” yang secara innuendo menuduh plaintif di dalam tulisannya:

“Di dalam dokumen di atas dinyatakan tarikh dan jumlah Transaksi Amaun Wang Tunai yang telah di­masukkan ke dalam akaun seseorang individu yang amat berpengaruh di Kelantan. In­dividu ini dikatakan cukup hebat sampaikan tidak ramai yang boleh mengambil apa apa ke atas individu tersebut”

“Hebat Individu yang berkuasa ini, boleh melakukan apa sahaja demi kerjaya politik­nya. Siapa individu tersebut? Gomo yakin sudah ada orang di Kota Bharu yang menge­ta­hui Individu yang dimaksud­kan itu.”

“Keseluruhan dokumen komisen yang berjumlah RM700,000 yang didedahkan ini akan dibongkar semuanya esok bagi menjelaskan kepada rakyat Kelantan hakikat yang berlaku selama ini.”

Artikel itu kemudian di­sambung oleh defendan me­lalui tulisannya di dalam blog yang sama dengan turut di­iri­ngi dengan gambar Plaintif de­ngan tajuk; “Tuanku Sultan Ke­lantan sembunyikan rahsia besar penyelewengan pena­sihatnya? ”

Berikutan penyebaran ar­tikel berkenaan, Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan itu mendakwa defendan me­nuduh plaintif sebagai seorang tidak amanah, perompak dan penyeleweng dan memburuk-burukkan plaintif di kalangan masyarakat bahawa dengan penyiaran artikel tersebut, imej baik plaintif telah terjejas di mata masyarakat.

SBPA Disemak Semula

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula.

Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.

"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuatkuasa mulai 1 Jan 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.

Katanya semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Najib berkata semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Jan tahun ini.
  
Najib juga berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.

"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.

Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, katanya.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan ini, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Dis lepas.

Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Dis lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.

Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Seorang PM Singapura Bergaji RM5.31 juta

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima saranan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pemerintah bagi mengurangkan gajinya, para menteri Kabinet dan Presiden negara berkenaan.

Saranan tersebut melibatkan pemotongan sekurang-kurangnya satu pertiga gaji menteri-menterinya yang berjumlah jutaan dolar, menurut dokumen tangga gaji baharu semalam.

Walaupun pemotongan tersebut dibuat, menteri di Singapura kekal antara menteri yang menerima gaji termahal di dunia.


GAMBAR fail menunjukkan barisan Kabinet Singapura bergambar selepas mereka mengangkat sumpah pada 21 Mei tahun lalu.



GAMBAR fail menunjukkan barisan Kabinet Singapura
bergambar selepas mereka mengangkat sumpah pada 21 Mei tahun lalu.


Pemotongan gaji itu pernah dijanjikan oleh Hsien Loong bagi meredakan kemarahan rakyat selepas pilihan raya umum 2011 berlangsung.

Hsien Loong sendiri akan menerima gaji berjumlah AS$1.69 juta (RM5.31 juta) setahun iaitu pengurangan sebanyak 36 peratus berbanding sebelumnya.

Jumlah tersebut bagaimanapun kekal menjadi gaji tertinggi dalam kalangan pemerintah sesebuah negara di dunia.

Sebagai perbandingan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menerima gaji AS$400,000 (RM1.25 juta) setahun.

Obama merupakan Presiden yang mempunyai 312 juta penduduk dan merupakan negara paling kuat berdasarkan kekuatan ketenteraan dan ekonomi.

Gaji Presiden Singapura pula akan dipotong sehingga 51 peratus kepada Sg$1.54 juta (RM3.76 juta) setahun manakala menteri Kabinet yang baharu dilantik akan menerima separuh gaji Perdana Menteri.

Gaji menteri pemerintah akan dikurangkan sebanyak 37 peratus setahun kepada SG$1.1 juta (RM2.68 juta).
  
Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang menerima gaji AS$543,500 (RM1.7 juta), Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda sebanyak AS$513,000 (RM1.6 juta) dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard memperoleh gaji AS$379,000 (RM1.19 juta).

Gaji Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy ialah AS$302,000 (RM949,185), Canselor Jerman, Angela Merkel mendapat gaji AS$296,000 (RM930,327) dan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang memperoleh gaji AS$222,000 (RM697,745).

Gaji para pemimpin Singapura melonjak dalam tahun 1990-an apabila ia menjadikan purata gaji tertinggi sektor swasta di pulau itu sebagai tanda aras.

Langkah pemotongan gaji tersebut membayangkan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP).

PAP yang memerintah Singapura sejak negara itu berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965 mencatat prestasi buruk pada pilihan raya 2011.

Undi yang diterima PAP semasa pilihan berkenaan berkurangan sebanyak 60 peratus sekali gus bilangan undi terendah yang pernah dicatat parti pemerintah itu.

9 Tanda Penyakit Dari Kuku Anda


Apakah kuku anda termasuk dalam kategori cantik karena pulasan kutek. Sesekali biarkan tetap natural dan intip kondisi kesehatan Anda dari cantiknya kuku yang alami.

1. Kuku pucat
Kuku berwarna pucat atau cenderung berwarna putih kadang-kadang terkait dengan penuaan. Tetatpi ada 4 penyakit serius yang mungkin saja ditandai dengan kuku berwarna pucar ini misalnya anemia, gagal jantung, pengidap penyakit hati atau juga gizi yang buruk.

2. Kuku putih
Jika kuku berwarna putih dengan ujung atas berwarna gelap mengindikasikan adanya masalah pada hati seperti hepatitis.
3. Kuku kuning
Salah satu penyebab paling umum kuku berwarna kuning adalah infeksi jamur. Semakin memburuknya infeksi bisa membuat kuku tidak tumbuh dengan sehat, menebal dan rapuh. Kuku kuning juga menunjukan kondisi yang lebih serius seperti penyakit tiroid parah, paru-paru, diabetes atau psoriasis.

4. Kuku kebiruan
Kuku dengan warna kebiruan menandakan tubuh tidak mendapatkan oksigen yang cukup. Ini mengindikasikan adanya infeksi di paru-paru seperti pneumonia. Jika hanya sedikit kebiruan di ujung bawah kuku bisa juga menandakan diabetes.

5. Kuku kasar
Jika permukaan kuku berkerut dan berbunyi jika diadu ini merupakan tanda awal dari psoriasis atau inflamasi arthritis. Perubahan warna kuku dapat terlihat merah kecokelatan.

6. Kuku retak
Kuku terlihat kering, rapuh dan sering retak telah lama dikaitkan dengan penyakit tiroid. Jika memberlah dan berwarna kuning ada kemungkinan ini karena infeksi jamur.

7. Kuku bengkak dan terlipat
Jika kulit di sekitar kuku terlihat merah dan bengkak, ini dikenal sebagai peradangan yang menunjukan adanya penyakit lupus dan gangguan jaringan ikat.

8. Garis hitam
Periksakan segera jika ada garis hitam di kuku Anda. Ini terkait dengan gejala melanoma atau yang dikenal dengan kanker kulit dari jenis yang paling berbahaya.

9. Menggigit kuku
Menggigit kuku mungkin buat Anda hanyalah sebuah kebiasaan, padahal ini sangat mungkin menandakan kecemasan yang berlebihan dan membutuhkan pengobatan karena menderita gangguan obsesif-kompulsif. Jadi, jika Anda tidak bisa berhenti, ada baiknya berdiskusi dengan dokter Anda.

Julia Perez sedia berbogel demi kempen kehutanan

Artis Indonesia yang pernah mencetuskan kontroversi kerana mahu memakai coli laser pada Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia, Julia Perez atau Jupe sedia berbogel untuk kempen kehutanan. Julia Perez bersama kekasihnya, Gaston Castano bertindak berani dengan mengecat tubuh mereka dalam keadaan berbogel baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.




Tindakan Julia dan Gaston adalah sebahagian daripada kempen melindungi spesies terancam di Indonesia malah tubuh Julia dilukis dengan 40 gambar binatang yang harus dilindungi. "Kerjasama itu dilakukan bersama pemerintah melalui tema Save Our Planet yang dibuat di Bali.



"Pada masa itu, saya bersama Gaston berbogel dan tubuh saya dilukis dengan 40 gambar binatang," jelas Julia. Foto lukisan pada badan mereka akan disiarkan pada Disember ini bertepatan dengan ulang tahun hari AIDS sedunia.



"Foto itu tidak boleh dikeluarkan lagi kerana harus ada permit malah semuanya masih dibincang bersama Menteri Kehutanan," katanya.

Wanita Payudara Terbesar di Dunia.


Wanita Dengan Payudara Terbesar di Dunia-Wanita dengan payudara terbesar di dunia. Namanya Chelsea Charms. Siapa itu chelsea charms ?? Dia merupakan wanita yang berasal dari minnesota, amerika serikat. Chelsea Charms memenangkan Guiness Record dengan predikat sebagai wanita berpayudara terbesar di dunia. Berikut liputannya


Menurut informasi yang beredar bahwa Chelsea Charms yang berprofesi sebagai model sekaligus penari telanjang tersebut telah memiliki payudara dengan ukuran yang luar biasa semenjak lahir. Dan sekarang berat payudara chelsea charms pun bertambah jadi 25 KG.



Dari pengakuannya di media, Chelsea Charms merasa mencintai payudarannya yang besar. Sebab aset terpenting yang dimilikinya tersebut telah mendatangkan banyak perhatian. Karena begitu cintanya Chelsea Charms dengan ukuran payudara-nya, sampai-sampai dia juga memberikan nama terhadap payudaranya tersebut dengan sebutan “Itsy dan Bitsy”.



“Aku tidak pernah merencanakan jadi sebesar ini. Aku membesarkan payudaraku karena aku ingin menjadi penari fitur” kata chelsea charms . “Penari fitur di mata orang awam adalah seorang penari eksotik profesional dan ukuran payudara merupakan salah satu kualifikasi. Sebelumnya aku berukuran D dan malu untuk mengakuinya semasa sekolah. Setelah lulus aku belajar untuk menghargai bentuk tubuhku,” aku Chelsea Charms.



Meski senang karena mendapatkan banyak perhatian, Chelsea Charms mengaku sedih karena kesulitan melakukan hal-hal tertentu. “Aku kesulitan untuk menggunakan toilet pesawat. Makan juga menjadi masalah karena aku harus duduk begitu jauh dari makananku,” imbuhnya.

Jentera penggali tanah terbesar di dunia

Jentera sebesar ini tentunya belum pernah kita lihat di Malaysia (mungkin ada). Memang besar dan ianya tidak sesuai untuk permukaan bumi di Malaysia
Sebagian alat penggali tanah ini hanya dapat beroprasi di australia, tidak mampu beroperasi di indonesia karena permukaan tanah negara kita yang cenderung lebih lunak dibanding tanah diluar negri.

1.ULTIMATE EARTH MOVER


Dibuat oleh perusahaan jerman “KRUPP”.
Tinggi 104 meter dan panjang 214 kaki
Berat : 45.500 Ton
Biaya pembuatan : $100.000
Lama pembuatan : 5 Tahun
Di operasikan oleh 5 orang
Kecepatan maximum : 400 meter/ jam
Kemampuan : memindahkan 76 ribu kubik tanah setiap hari (24 Jam non stop)


ULTIMATE
alat penggali tanah terbesar

ULTIMATE

alat penggali tanah terbesar

ULTIMATE

alat penggali tanah terbesar

2.O&K RH400

Berat Unit : 980 Ton
Muatan : 57,5 meter kubik
Lebar unit : 8 meter
Tinggi unit : 10 meter
Maximum radius ayunan bucket (sendok) ke atas : 20 meter dari permukaan tanah & 10 Meter dibawah permukaan tanah
Maximum radius ayunan bucket (sendok) ke depan : 19 meter ke depan
Tinggi penggerak (roda besi, track) : 3 meter
Posisi Kabin : 8 meter diatas permukaan tanah (setara di kantor lantai 3)
Kecepatan pada saat berjalan : 2,2 Km/Jam
Kapasitas tangki solar : 15.000 (setara 1 SPBU, CMIIW) habis untuk pengoprasian 20 jam.



 O&K RH400 alat penggali tanah terbesar

Pendapatan Lady Gaga RM13.5 Billion

BUKAN calang-calang orang, penyanyi Lady Gaga merupakan selebriti paling berpengaruh dalam bidang hiburan di majalah Forbes.
Gaga yang tersenarai dalam 100 selebriti paling berpengaruh Forbes itu dilaporkan memperoleh pendapatan sebanyak RM13.5 bilion sepanjang setahun dia terbabit dalam industri seni baik dari segi persembahan nyanyian, pembabitan dalam filem mahupun di pentas peragaan.
Selain itu penyanyi yang popular dengan lagu Bad Romance itu turut memecahkan tradisi dengan penampilan video yang unik serta imej fesyen yang tersendiri dan pelik.
Dalam pada itu Gaga turut menerima penaja yang banyak yang antaranya seperti jenama Polaroid, Virgin Mobile, Monster Cable dan Viva Glam.

Kedudukan Gaga dalam carta Forbes tersebut bukan kerana berjaya memperoleh sebanyak RM270 juta menerusi konsert jelajahnya sahaja bahkan dia juga mempunyai seramai 32 juta peminat di akaun Facebook miliknya dan 9.5 juta peminat menjadi pengikut Twitter Gaga.
Lebih menarik tentang fenomena Gaga, lagu Born This Way berjaya dimuat turun sebanyak 1 juta kali dalam jangka masa lima hari sahaja.
Sementara itu, Oprah menduduki tempat kedua paling berpengaruh apabila memperoleh pendapatan sebanyak RM870 juta diikuti dengan Justin Bieber di tempat ketiga dengan pendapatan sebanyak 159 juta walaupun baru berusia 17 tahun.

Gambar Perkahwinan Bekas Isteri Datuk K, Tengku Zawyah.

Tahniah buat bekas isteri Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham yang telah selamat berkahwin dengan Datuk Rayyan Joseph King di Hotel Royale Chulan pada pukul 11 pagi tadi.

Dengan sekali lafaz Datin Tengku Zawyah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Rayyan Joseph King.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 11.06 pagi oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali yang juga merupakan wali hakim kepada pihak pengantin perempuan.

Bercerita tentang percutian bulan madu, pasangan ini memilih untuk bercuti ke negara, Switzerland kerana kedua-duanya suka bermain ski.

Rayyan yang juga seorang bapa tunggal kepada dua orang anak memeluk Islam pada awal bulan lepas.

Perkenalan kedua pasangan ini bermula sebagai teman biasa, namun mula serius pada hujung tahun lalu dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas wujud keserasian antara mereka.





Kedua-duanya bercerai pada 2005 dan hasil perkahwinan selama 20 tahun, Tengku Zawiyah dan Khalid dikurniakan empat orang cahaya mata lelaki Muhammad Anas Zawawi, 24, Muhammad Adib, 21, Muhammad Asyraf, 19 dan Muhamad Aazief, 13.

Gambar Cheryl Samad Dan Suami


KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun menjalin percintaan, pengacara dan pelakon, Cheryl Samad mengakhiri zaman gadisnya apabila diijabkabulkan dengan pengarah dan penerbit, Ng Ping Ho pada 30 April lalu. Mereka disatukan di kediaman keluarga Cheryl di Seremban, disusuli majlis persandingan di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor pada 1 Mei.

Cheryl, 31, ketika dihubungi berkata, mereka tidak berniat merahsiakan perkahwinan itu daripada umum, sebaliknya memilih mengabadikan hari bersejarah bersama keluarga terdekat.

“Kami cuma menurut permintaan keluarga yang menginginkan majlis pernikahan dan perkahwinan dilangsungkan secara sederhana serta tidak terlalu digembar-gemburkan. “Sebenarnya, saya dan suami merancang untuk mengumumkan berita pernikahan kami kepada semua pada minggu depan.


“Bagaimanapun, niat itu tidak menjadi kenyataan apabila ada yang terlebih dulu menghidu berita ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kami kini sedang menyesuaikan diri untuk memulakan hidup sebagai suami isteri,” katanya.

Pengacara Muzik Muzik itu berkata, beliau berkenalan dengan pengarah drama bersiri, Ghost dan Table For Two itu pada 2002 namun bibit percintaan mereka berputik sejak tiga tahun lalu.

Hanya awal tahun ini mereka merancang untuk mengakhiri cinta itu di jenjang pelamin dan tarikh 30 April dipilih kerana kebetulan kesemua ahli keluarga bercuti panjang.

Buat Ibuku yang tercinta dan semua Ibu-ibu.....Selamat Hari Ibu!

Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku

Aku yang selalu merepotkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu...
engkau menangis karena aku
engkau sedih karena aku
engkau menderita karena
aku engkau kurus karena aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga

Ibu...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
karena jasamu tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi atas rasa cintaku padamu

Ibu...,juga kepada Ayah...!!!.... Terima kasih atas segalanya........

Gambar Peserta Demo HARI PEKERJA Kena tahan

Sekurang-kurangnya dua orang sudah ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini.

Seorang daripadanya Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam yang ditahan ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

Sehubungan tangkapan itu, kira-kira 200 peserta perhimpunan itu berhimpun depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dekat Maju Junction di ibu negara.

Mereka tidak mahu berganjak selagi teman-teman mereka tidak dibebaskan. Suasana meriah dengan nyanyian lagi "Internationale" - lagu yang sinonim dengan perjuangan pekerja di seluruh dunia.

Penyelaras NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Nalini E mendakwa, setakat ini 19 orang peserta perhimpunan itu sudah ditahan.

Jumlah ini bagaimanapun belum dapat disahkan dengan pihak berkuasa.

Lebih 70 NGO turut serta dalam perhimpunan tradisi setiap 1 Mei itu.