Sekurang-kurangnya dua orang sudah ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini.
Seorang daripadanya Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam yang ditahan ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.
Sehubungan tangkapan itu, kira-kira 200 peserta perhimpunan itu berhimpun depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dekat Maju Junction di ibu negara.
Mereka tidak mahu berganjak selagi teman-teman mereka tidak dibebaskan. Suasana meriah dengan nyanyian lagi "Internationale" - lagu yang sinonim dengan perjuangan pekerja di seluruh dunia.
Penyelaras NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Nalini E mendakwa, setakat ini 19 orang peserta perhimpunan itu sudah ditahan.
Jumlah ini bagaimanapun belum dapat disahkan dengan pihak berkuasa.
Lebih 70 NGO turut serta dalam perhimpunan tradisi setiap 1 Mei itu.
Popular Posts
-
Aku telah diterima kerja disalah sebuah syarikat di pahang.Berita itu amat menggembirakan aku yang sedang menganggur. Di Pahang aku menetap ...
-
JOHOR BAHRU - "Bank tidak boleh lelong rumah saya kerana saya tidak terima satu sen pun pinjaman semula yang dibuat pada 2006. "Sa...
-
KANGAR: Lima awak-awak tempatan ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika cuba menyeludup keluar 2,000 liter diesel dengan ...

























































