Popular Posts

Gambar Perkahwinan Bekas Isteri Datuk K, Tengku Zawyah.

Tahniah buat bekas isteri Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham yang telah selamat berkahwin dengan Datuk Rayyan Joseph King di Hotel Royale Chulan pada pukul 11 pagi tadi.

Dengan sekali lafaz Datin Tengku Zawyah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Rayyan Joseph King.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 11.06 pagi oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali yang juga merupakan wali hakim kepada pihak pengantin perempuan.

Bercerita tentang percutian bulan madu, pasangan ini memilih untuk bercuti ke negara, Switzerland kerana kedua-duanya suka bermain ski.

Rayyan yang juga seorang bapa tunggal kepada dua orang anak memeluk Islam pada awal bulan lepas.

Perkenalan kedua pasangan ini bermula sebagai teman biasa, namun mula serius pada hujung tahun lalu dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas wujud keserasian antara mereka.





Kedua-duanya bercerai pada 2005 dan hasil perkahwinan selama 20 tahun, Tengku Zawiyah dan Khalid dikurniakan empat orang cahaya mata lelaki Muhammad Anas Zawawi, 24, Muhammad Adib, 21, Muhammad Asyraf, 19 dan Muhamad Aazief, 13.