ANGGOTA penguat kuasa KPDNKK memeriksa pelbagai produk minuman dalam serbuan di Kampung Sungai Salak, Gombak malam kelmarin.
GOMBAK – Selama ini tiada siapa yang mengambil peduli kewujudan sebuah banglo terpencil di Batu 10, Jalan Gombak dekat sini.
Bagaimanapun, rahsia banglo yang terletak di Kampung Sungai Slak itu terbongkar semalam apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Gombak yang membuat serbuan mendapati ia dijadikan markas membungkus semula pelbagai produk minuman dan kegunaan harian yang tamat tarikh luput atau rosak.
Dalam serbuan pada pukul 10.15 malam itu, pasukan penguat kuasa yang diketuai Ketua Cawangan KPDNKK Gombak, Ramli Nayan menemui pelbagai produk minuman dan kegunaan harian yang dalam proses dibungkus semula untuk dijual.
Antara produk minuman yang ditemui dalam serbuan itu termasuk susu pekat, pelbagai minuman perisa coklat, serbuk teh dan produk tenusu.
Selain itu, terdapat juga produk kelengkapan diri seperti syampu, tuala wanita dan losen.
Semua barangan itu yang kebanyakannya tamat tarikh luput atau rosak dipercayai dikutip dari tempat-tempat pembuangan sampah sebelum dibungkus semula dan dijual dengan harga murah..
Popular Posts
-
Aku telah diterima kerja disalah sebuah syarikat di pahang.Berita itu amat menggembirakan aku yang sedang menganggur. Di Pahang aku menetap ...
-
JOHOR BAHRU - "Bank tidak boleh lelong rumah saya kerana saya tidak terima satu sen pun pinjaman semula yang dibuat pada 2006. "Sa...
-
KANGAR: Lima awak-awak tempatan ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika cuba menyeludup keluar 2,000 liter diesel dengan ...


