KANGAR: Lima awak-awak tempatan ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika cuba menyeludup keluar 2,000 liter diesel dengan dua bot ke negara jiran di perairan Kuala Perlis, semalam.
Dua awak-awak berumur 27 dan 47 tahun ditahan pada kedudukan 1.2 batu nautika dari pantai Kuala Perlis pada jam 2.35 petang dan dua jam selepas itu tiga awak-awak berumur antara 23 dan 64 tahun ditahan di 2.5 batu nautika dari Pantai Kuala Perlis.
Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi Kapten (Maritim ) Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya merampas 2,000 liter bersubsidi, masing-masing 1,000 liter daripada setiap bot itu.
"Kami percaya diesel yang dibawa dalam kedua-dua bot yang diubahsuai itu adalah untuk diseludup dan ketika dikesan kedua-dua bot itu menuju ke perairan sempadan," katanya.
Beliau berkata mereka yang ditahan itu diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.
- Bernama
Popular Posts
-
Aku telah diterima kerja disalah sebuah syarikat di pahang.Berita itu amat menggembirakan aku yang sedang menganggur. Di Pahang aku menetap ...
-
Menyesuaikan diri dengan ‘orang baru’ di dalam perut, memang mengujakan. Namun, ada juga wanita yang sering mengalami atau pernah kegugu...
-
Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah merogol dan melakukan perhubungan seks menggunakan jari terhadap seorang remaja berus...