BAGAN SERAI: Projek landasan kereta api berkembar sepanjang 197 kilometer dari Gemas ke Johor Baharu kini dalam peringkat reka bentuk oleh syarikat perunding, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata, penawaran tender bagi projek landasan berkembar Gemas-Johor Baharu yang merupakan pakej terakhir bagi projek landasan berkembar selain daripada Seremban-Ipoh, Seremban-Gemas dan Ipoh-Padang Besar, dijangka dibuat tahun ini.
"Pakej yang terakhir adalah dari Gemas-Johor Baharu, pada masa sekarang dalam proses mereka bentuk.
"Syarikat perunding telah dilantik dan telah membuat pelan dan sebagainya. Pakej ini akan ditawarkan dalam tahun ini juga," katanya kepada pemberita selepas melawat jejambat marin dan kawasan pembinaan PLBE di Bukit Merah di sini, hari ini.
Popular Posts
-
Aku telah diterima kerja disalah sebuah syarikat di pahang.Berita itu amat menggembirakan aku yang sedang menganggur. Di Pahang aku menetap ...
-
JOHOR BAHRU - "Bank tidak boleh lelong rumah saya kerana saya tidak terima satu sen pun pinjaman semula yang dibuat pada 2006. "Sa...
-
KANGAR: Lima awak-awak tempatan ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika cuba menyeludup keluar 2,000 liter diesel dengan ...


