Umum mengetahui susu ibu merupakan makanan dan minuman yang terbaik untuk tumbesaran bayi. Setiap ibu pasti ingin menyusui bayi mereka sehingga bayi itu mencecah usia enam bulan.
Namun, kerana sebab-sebab seperti malu serta susah menyusu di tempat awam, kesibukan bekerja dan sebagainya, ramai ibu masa kini lebih gemar memberikan susu formula kepada bayi mereka.
Atas sikap prihatin tentang permasalahan yang dihadapi serta pengalaman barunya sebagai seorang ibu, pelakon Dynas Mokhtar terdetik untuk membuka perniagaan baru yang berkaitan dengan golongan ibu dan anak.
“Dynas Nursing Attire atau DNA merupakan butik yang menyediakan koleksi pakaian serta peralatan khas untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. Kami juga turut menyediakan koleksi-koleksi baju untuk ibu dan anak dengan rekaan moden serta tradisonal,”kata Dynas ketika ditemui pada sidang media program Si Kecilku..Chakk!! baru-baru ini.
“Dari muda lagi saya sudah minat untuk mereka baju, jadi rekaan baju untuk butik ini adalah merupakan rekaan saya sendiri. Kalau boleh, saya nak jadikan penyusuan bayi ini sebagai satu fesyen.
“Saya nak bila mereka pakai baju ibu menyusu ini, orang lain tidak akan perasan ia adalah baju untuk menyusu bayi. Dengan itu, ibu yang menyusu bukan saja boleh menyusu bayi mereka tanpa rasa malu, malah pada masa yang sama ia baik untuk kesihatan bayi mereka.
“InsyaAllah, butik DNA akan dilancar pada Mei ini dan kalau boleh Dynas nak lancar sebelum Hari Ibu. Butik DNA akan dibuka di The Curve, Mutiara Damansara. Saiz boleh didapati dari saiz S hingga XL manakala harga sekitar RM50 hingga RM500,”kata ibu kepada Khyra Khalyssa ini.
“Khyra akan genap setahun pada 24 April ini dan sehingga kini Dynas masih menyusukan Khyra. Dynas bahagia dengan kehidupan sekarang dan ia merupakan pengalaman baru buat Dynas.
“Soal anak kedua, Dynas memang merancang untuk mendapatkan anak lagi. InsyaAllah, mungkin tahun depan kerana tahun ini Dynas nak fokus dengan kerja dulu.”
Menyentuh mengenai perkembangan kariernya, Dynas akan muncul dengan drama Cinta Antara Kita di slot Akasia TV3 dan telemovie Pengorbanan Terakhir untuk TV9. Selain itu, Dynas turut menjadi hos program Si Kecilku…Chakk!! bagi musim kedua.
www.gua.com