
Menurut Aceshowbiz hari ni, untuk produksi 'G.I. Joe 2', Paramount Pictures akan mengundang sutradara Jon Chu. Ini kerana Jon telah berjaya dalam pengarahan film Justin Bieber 'Never Say Never' dan 'Step Up 2'.
Tapi dijangkakan tak semua karakter yang ada di filem pertamanya akan kembali beraksi di 'G.I. Joe 2' ni. Karakter yang masih dikekalkan iaitu, Snake Eyes, Storm Shadow dan Duke.
Aktor Channing Tatum dipertanggung jawabkan untuk kembali memegang watak utamanya sebagai Duke. Begitu juga dengan Lee Byung-hun dan Ray Park. Ini kerana Paramount Pictures tak mau mengambil ramai aktor atau aktres top yang akan melibatkan kos yang tinggi.
Rhett Reese dan Paul Wernick yang berjaya dengan 'Zombieland' adalah individu yang bertanggung jawab menulis naskah filem tersebut.