NAMA Mohd Hakim Lokman
ASAL Kubang Krian, Kelantan
LAHIR 1964
PENDIDIKAN Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad, Kajang, Selangor
KERJAYA Pengurus kumpulan Wings (1986-89), Pengurus Hattan (1990), Pembantu peribadi M. Nasir (1991), Pengurus Ramli Sarip (1992), Pengurus kumpulan Teacher's Pet (1994); Pencipta lagu & Penulis senikata; Pelakon & Pengacara
KELUARGA Berkahwin dan dikurniakan cahaya mata Muhamad Adam (1993), Omar Hakim (1994) & Ahmad Sufian (1995); Berkahwin dengan Relawati Daud dan dikurniakan cahaya mata Muhamad Irham (2006)
ANUGERAH Penulis Lirik Terbaik, lagu Isabella persembahan Search, Anugerah Juara Lagu TV3 (1989)
Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman.
Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi anafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.
Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya


