
Selepas itu, nama Yusry pernah dikaitkan pula dengan pelakon seksi, Kilafairy yang juga anak penyanyi Rohana Jalil. Hubungan mereka dikatakan rapat kerana Kilafairy berlakon dalam filem seram arahan Yusry, Karak. Terbaru, Yusry dikatakan hangat bercinta dengan pelakon jelita Lisa Surihani pula.
Di bawah merupakan keratan dari ruangan SOSEH SOSEH, Harian Metro RABU 20 APRIL 2011 tentang gosip terbaru Yusry dan Lisa Surihani.
‘Ketika melangkah masuk ke pawagam, Yusry dan Lisa bergandingan dengan diiringi ibu Lisa sendiri yang berjalan di depan mereka. Pada mulanya, rakan GM hanya memikirkan Yusry dan Lisa sekadar berkawan rapat saja sesama rakan artis tapi insiden yang berlaku ketika dalam panggung memberikan persepsi sebaliknya. Depan mata rakan GM sendiri, Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu. Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta.
Apapun, GM tumpang gembira jika benar Yusry dan Lisa bercinta seperti yang disampaikan rakan GM itu. Pada pandangan GM, mereka memang sepadan kerana masing -masing masih solo dan tidak terikat dengan sesiapa pun. Namun, jika gosip mereka bercinta ini tidak betul, GM minta maaflah lebih awal dan anggaplah ia sekadar gosip semata-mata, sekali gus asam garam dalam industri seni tanah air.’