Daphne Iking bersama Azmi (Berbaju putih)
Sumber kami ada mengatakan, jejaka yang kononnya digosipkan bersama Daphne Iking bernama Azmi, seorang yang berjawatan tinggi dalam Redberry Group. Dikatakan, Azmi kerap dilihat membawa Daphne Iking ke mana-mana majlis yang melibatkan kemunculan mereka berdua.
Bukan itu sahaja, Daphne Iking kerap menghantar twitpic bersama Azmi, namun tidak ramai yang tahu bahawa Azmi itu adalah cinta hatinya yang terbaru.
Dalam cerita terbaru pula, sumber kami mengatakan bahawa Daphne Iking sudah pun memeluk Islam. Antara hint penting, ketika berlangsungnya Anugerah Seri Angkasa, Daphne Iking ada menyebut perkataan ‘Masyallah’. Kami tidak pasti sama ada ia kebetulan, atau disengajakan. Namun, andai betul Daphne Iking sudah memeluk Islam, kami doakan yang terbaik buat dia.
Semuanya masih dalam persoalan, kita nantikan sahaja kenyataan daripada Daphne Iking berkenaan khabar angin ini. Enjoice! | www.ohbulan.com