Amaran Ribut Sonamu Di Malaysia ditarik balik kerana impak daripada fenomena itu sudah semakin berkurangan. Ini adalah berita paling melegakan buat semua penghuni pantai timur semenanjung terutamanya. Malaysia terselamat daripada ancaman tersebut walaupun hanya terkena tempias ribut itu. Perkara ini disahkan sendiri oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).

Satu Lekukan Tropika dikesan pada latitud 6.0 utara dan longitud 108.0 timur pada jam 8 pagi semalam dengan jarak kira-kira 526 kilometer ke Timur Laut Dungun. Namun pergerakan ribut tersebut semakin perlahan dan amaran ribut Sonamu dihentikan serta merta.

