Pejam celik, pejam celik, Ramadhan sudah pun memasuki minggu ketiganya. GUA pasti ramai di antara pembaca GUA yang sudah pun mula membuat persiapan bagi menyambut lebaran akan datang, terutamanya penyediaan busana untuk digayakan di pagi Syawal nanti.
Bagi pembaca wanita GUA yang masih lagi buntu memikirkan apa yang ingin diperagakan Raya nanti, GUA bawakan koleksi Raya dari butik Mimpikita. Butik yang terkenal dengan penghasilan busana, khususnya buat wanita Islam zaman moden yang inginkan sesuatu yang menarik dan masih dalam norma ketimuran kita, Mimpikita menjanjikan anda dengan koleksi raya yang cukup bermakna.

Koleksi kali ini mengenengahkan warna-warna pastel yang melihatkan kelembutan warna ini untuk digayakan di pagi lebaran nanti. Boleh didapati dari harga serendah RM150, pastinya koleksi ini menjadi satu pelaburan bijak bagi penggemar fesyen. Bukan sahaja cantik dan tersendiri, setiap rekaan Mimpikita ini dihasilkan menerusi teknik jahitan yang kemas dan menarik.
Koleksi eksklusif yang dihasilkan khas bersempena Raya tahun ini diinspirasikan dari gabungan motif seni India dan pengaruh fesyen nusantara. Versatiliti yang menjadi daya tarikan koleksi kali ini pasti membuatkan anda alah membeli menang memakai. Padanan bahagian atas koleksi ini sesuai digayakan dengan pelbagai pilihan skirt mahupun seluar panjang.

Pelaburan yang GUA sifatkan sebagai pelaburan bijak ini cukup berbaloi kerana padanan busana koleksi ini juga boleh digayakan di majlis-majlis lain dan dipadankan bersama koleksi peribadi mengikut citarasa anda.
Di sini GUA telah memilih lapan rekaan yang dirasakan mampu membuatkan anda kelihatan menarik di pagi Syawal. Pada yang berhasrat memiliki mana-mana rekaan dari kesemua 22 koleksi Raya Mimpkita 2012, anda bolehlah berkunjung ke butik Mimpikita yang terletak di Jalan Telawi 2, Bangsar atau melayari laman sesawangnya, www.mimpikita.com.my. Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 6 petang sepanjang Ramadhan, anda boleh mendapatkan koleksi ini dengan harga yang pastinya berpatutan.
#Pilihan GUA 1

Marsha anggun dalam persalinan yang diinspirasikan dari kebaya ini. Modern jacket yang disarung menyerlahkan sisi keanggunan si pemakai. Lace yang dijahit pada jaket ini istimewa kerana ianya merupakan hasil kehalusan seni jahitan buatan tangan yang cukup teliti. Warna-warna lembut yang menjadi asas jaket ini mencerminkan kesantunan yang dimiliki gadis Melayu. Sesuai dipadankan dengan korset di bahagian dalam, skirt labuh rona salmon yang digayakan Marsha menyerikan lagi aura si pemakai. Jika anda inginkan sesuatu yang lain dari yang lain, pastinya busana ini menjadi pilihan tepat.
#Pilihan GUA 2

Sekali pandang, ramai yang menelah busana ini hasil sentuhan pereka terkemuka antarabangsa melihatkan ciri busana anggun yang dimiliki rekaan ini. Mengambil kira ciri busana anggun yang menjadi pujaan peminat fesyen di seluruh dunia, busana ini dihasilkan menerusi gabungan chiffon silk dan juga lace yang dipadankan menjadi sehelai top yang cukup menawan. Keberanian pereka bermain dengan warna hijau zamrud melihatkan kematangannya dalam berfesyen. Drape skirt yang diselitkan unsur lipatan membuatkan busana ini kelihatan mewah digayakan di pagi Syawal nanti.
#Pilihan GUA 3

Kurung Kedah seringkali menjadi pilihan wanita di desa untuk digayakan bersama kain batik. Keselesaan yang dimiliki kurung Kedah menjadi satu lagi cetusan idea Mimpikita untuk menghasilkan busana ala Kurung Kedah dengan tambahan jahitan motif seni India di bahagian tengah. Menariknya, motif ini dihasilkan secara eksklusif dan setiap busana ini mempunyai rekaan motif yang tersendiri. Pada pembaca GUA yang inginkan sesuatu yang ringkas tetapi cukup membuatkan si gadis kelihatan manis di pagi lebaran, GUA cadangkan anda memilih rekaan ini.
#Pilihan GUA 4

Kepada mereka yang masih suka menyarung kebaya di pagi Syawal, busana ini pastinya membuatkan anda teruja. Potongan ala duyung dengan ciri panel di bahagian tengah membuatkan ianya berbeza dari kebaya biasa. Rona merah membangkitkan rasa klasik mengingatkan kita kepada keanggunan wanita Melayu suatu ketika dahulu yang dilihat sebagai simbol kesantunan adat dan pewaris tradisi. Merah merupakan warna berani dan GUA pasti ia dapat membangkitkan kehangatan Syawal di pagi raya.
#Pilihan GUA 5

Mimpikita beralih kepada adunan cheongsam dalam rekaan serba kehijauan ini. Diserikan dengan batuan warna-warni ala militari di bahagian leher, busana ini semestinya menjadi pilihan mereka yang gemarkan pengaruh masyarakat Cina dalam busana mereka. Kain brocade yang bermotifkan floral mengimbangkan adunan plain color yang digunakan di bahagian atas. Penggunaan crepe silk untuk bahagian atas pasti memberi keselesaan buat si pemakai.
#Pilihan GUA 6

Salah satu trend paling hangat dalam penghasilan busana masa kini adalah penggunaan teknik peplum. Justeru, Mimpikita menyuntik sekalung keindahan teknik ini ke dalam rekaan yang menggunakan warna krim lembut. Digayakan dengan tali pinggang hitam, ia melengkapkan interpretasi gaya sweet and simple ini. Unik, menarik dan pastinya memikat hati teruna lebaran nanti.
#Pilihan GUA 7

Kaftan juga antara rekaan yang menjadi pilihan para wanita akhir-akhir ini. Mimpikita turut mengambil kira permintaan pelanggannya yang inginkan kaftan ala moden dengan sentuhan tersendiri. Rona merah sekali lagi digunakan dan sudah tentu dari jauh, kehadiran anda pasti menjadi bualan tetamu yang hadir. Dengan pencirian lace buatan tangan tersendiri di bahagian leher, kaftan ini boleh menjadi koleksi istimewa buat si pengumpul kaftan.
#Pilihan GUA 8

Warna hitam pasti tidak akan lari dari perayaan Aidiliftri saban tahun. Padankan dengan warna apa sekalipun, rona hitam tampak sesuai. Mengambil sentuhan pua kumbu, busana ini dihasilkan agar si pemakai tampak ringkas tetapi elegan dalam rona serba hitam. Usah risaukan penyerapan haba dek warna yang digunakan kerana material crepe silk menjanjikan keselesaan buat anda selaku si pemakai.