Berikut merupakan beberapa koleksi baju kurung yang pernah digayakan oleh Ana Raffali sepanjang beliau bergelar anak seni.

Busana ini digayakan oleh Ana Raffali sewaktu Majlis Anugerah Juara Lagu (AJL26). Busana berona kuning dan bertahtakan perincian berona merah ini kelihatan sangat menarik dan menyerlahkan lagi penampilan Ana Raffali.

Baju kurung berona merah jambu ini kelihatan menarik dengan perincian manik berwarna-warni di bahagian leher. Ini menyerlahkan lagi busana Ana Raffali dan secara tidak langsung menaikkan lagi seri di wajah Ana.

Busana yang digayakan oleh Ana Raffali ini kelihatan sangat cantik. Corak flora berona hitam dan merah ini menaikkan lagi pesona dan keanggunan Ana Raffali. Tambahan pula, busana yang berona putih ini menampilkan lagi keayuan Ana Raffali.

Busana berpotongan ringkas ini membuatkan Ana Raffali kelihatan sangat ceria dan segar. Tambahan pula, padanan tudung bercorak jalur ini menambahkan lagi kejelitaan Ana.
Sememangnya gadis melayu sangat ayu berbaju kurung. Jadi, tidak salah sekiranya memilih baju kurung sebagai fesyen harian anda!
ohbulan.com