Popular Posts

Beberapa Keping Gambar Proton Preve

Proton Prevé. GM-TEKA-TEKI mengenai nama sebenar kereta global Proton, yang menggunakan kod P3-21A akhirnya terjawab apabila model terbaru kereta Proton itu dikenali sebagai Proton Preve (disebut Prae-vae) yang diubah suai daripada perkataan asal bahasa Inggeris (Proof) yang membawa maksud ‘bukti’.


Perkataan itu juga dipinjam dan diolah daripada bahasa Sepanyol, Prevé yang membawa maksud ‘memperuntukkan’ sekali gus menggambarkan model berkenaan bukti keupayaan Proton selepas 27 tahun ditubuhkan dalam mengeluarkan produk bertaraf global setaraf dengan jenama kereta antarabangsa lain.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd (Proton), Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohamad Tahir berkata, kereta itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan ini dan dijangka mula dipasarkan kepada orang ramai dalam tempoh seminggu hingga dua minggu sebelum di eksport ke Australia dan negara Timur Tengah.
“Sejak mula dibuka untuk tempahan, Proton menerima sebanyak 1,000 unit dan yakin dapat menjual Preve kira-kira 4,000 hingga 5,000 unit sebulan memandangkan ciri serta reka bentuk ditawarkan akan menarik perhatian pembeli,” katanya pada majlis memperkenalkan nama Proton Preve kepada media dan sesi pandu uji Preve sejauh 156 kilometer di Putrajaya, semalam.






UPDATE : Gambar dari forum.lowyat.net
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ