Popular Posts

Remaja yang paling tidak sopan dan paling tidak senonoh

GM-Singapura memang kiasu! Rakyat Singapura sentiasa ditanamkan bahawa pemimpin-pemimpin mereka adalah yang terbaik di dunia. Dari undang-undang mengedar dadah yang menyebabkan hukuman gantung sampai mati, sehinggalah undang-undang yang menyebabkan seseorang didenda kerana mengunyah gula-gula getah di khalayak awam, Singapura merupakan sebuah negara yang sarat dengan undang-undang.

Kiasu-kiasu Singapura sangat ramai dalam mana-mana forum sama ada yang bertapak di Malaysia mahupun Singapura. Mereka inilah yang akan menghentam Malaysia dalam segenap segi dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Puak-puak ini kalau dibalas dengan Bahasa Melayu akan ternganga-nganga dan terlopong-lopong.

Namun disebabkan dasar kiasu dan chauvinist yang sangat menebal, mereka akan terus memperkatakan tentang sesuatu isu yang dilihat dapat mengutuk Malaysia, Melayu dan Islam. Puak-puak inilah juga yang kerap kali melabelkan Melayu dan Islam sebagai BABI. Dan puak-puak inilah juga yang akan menuduh Polis Malaysia sebagai POLIS BABI.


Kononnya Singapura sangat mementingkan tatasusila dan kesopanan. Kerapkali chauvinist dan kiasu yang aktif dalam forum-forum, mencerca dan mengutuk Malaysia sebagai tidak bertamadun. Konon-kononnya Melayu dan Bumiputera di Malaysia adalah SAUDARA KEMBAR BERUK DAN KERA.


Namun, Singapura juga sebenarnya tidak terlepas daripada masalah sosial yang sedang meruncing.

Gambar-gambar yang tersiar kali ini, membuktikan keadaan di Singapura sebenarnya jauh lebih teruk berbanding Malaysia. Remaja-remajanya merupakan remaja-remaja yang paling tidak sopan dan paling senonoh.


Bagaimanapun, bagi puak-puak yang sentiasa beranggapan perbuatan melakukan seks secara terang-terangan di tempat awam sebagai hak asasi manusia, tentunya beranggapan gelagat kedua-dua orang remaja yang asyik berasmara di taman permainan itu sebagai satu perkara biasa.

Dilaporkan, pasangan tersebut bercumbu-cumbuan selama lebih dua jam di taman permainan dengan diperhatikan oleh orang ramai. Bermula dari jam 4.30 petang sehinggalah 6.30 petang, pasangan berkenaan tidak menghiraukan mata yang memerhatikan gelagat mereka. Dari papan gelongsor sehinggalah ke bangku, mereka terlalu asyik berkucupan dengan tangan meraba di sana sini!

Inilah nilai yang hendak dibawa oleh DAP dan Pakatan Rakyat ke Malaysia apabila mereka secara terang-terangan menyokong kebebasan seks, sepertimana Anwar Ibrahim yang mahu rakyat Malaysia menyokong LIWAT SUKA SAMA SUKA sebagai tidak salah di segi undang-undang!!!