Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTM Berhad (KTMB), Mohd Fazil Ismail berkata, setiap tren itu mampu membawa sehingga 1,100 pengguna bagi perjalanan sehala berbanding 400 orang sekarang.
"Isu utama rungutan pengguna terhadap perkhidmatan KTM Komuter ialah masalah kelewatan serta tempoh menunggu yang lama. Kita percaya melalui pengenalan Tren SCS ini semua masalah tersebut akan dapat diatasi,” katanya.
KTMB akan memiliki 38 set Tren SCS dan kini telah menerima 16 set. Baki 22 set lagi akan diperoleh secara berperingkat sehingga Jun ini.
Petugas media hari ini dibawa menaiki Tren SCS dari stesen KL Sentral ke Kajang dan kembali semula ke KL Sentral.
Mohd Fazil berkata, keseluruhan 38 set Tren SCS tersebut bernilai RM1.894 bilion dengan setiap set bernilai RM49 juta. — BERNAMA
P/s: Baguslah, sekarang ni memang sesak sangat. Berhimpit-himpit dalam gerabak, waktu tu macam2 jenayah boleh jadi. Dari KL Sentral nak pergi Midvalley selalunya macam dalam tin sardin.
Komuter sekarang
Gambaran gerabak Komuter baru




