Ciri-ciri bulu babi ialah :
- Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang).
- Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
- Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
- Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.
Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.
Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi bersamalah kita berkongsi informasi ini. Sumber awal w.terapi.imamuda.com