Popular Posts

Banduan pun boleh dapat suntikan botox

GM-Macam-macam hal…itulah akibat bila penguatkuasaan kurang ketat
banduan pun boleh dapat suntikan botox…

MEXICO CITY: Terkurung dalam penjara tidak menghalang seorang ‘ratu’ kartel dadah daripada mendapatkan perkhidmatan Botox, kata pihak berkuasa semalam.
Menurut pentadbir penjara Mexico City, seorang doktor diseludup masuk ke Penjara Wanita Santa Martha Acatitla pada bulan lalu untuk melakukan ‘prosedur yang tidak dibenarkan ke atas tahanan’.
Dalam kenyataan pendakwa pula, doktor terbabit memberikan suntikan Botox kepada Sandra Avila Beltran yang lebih dikenali di kalangan kartel dadah Sinaloa sebagai ‘Ratu Pasifik’.
Sandra dipenjara sejak 2007 kerana disyaki bersubahat dengan pengedar dadah, mengubah wang haram serta menganjurkan jenayah.
Seorang hakim membebaskan Sandra daripada tuduhan berkenaan pada Disember lalu tetapi pihak pendakwa mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Dia juga mungkin diekstradisi ke Amerika Syarikat berhubung rampasan lebih sembilan tan kokain dalam kapal nelayan di perairan Mexico pada 2001.