Popular Posts

500 Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir di Jabatan Tenaga Kerja (JTK)

Jabatan Tenaga Kerja memerlukan kira 500 orang pekerja sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi di Pejabat Tenaga kerja Daerah atau Jabatan Tenaga Kerja Negeri, jawatan kosong Pembantu Tadbir ini ialah secara kontrak selama 3 bulan, kelulusan minimum ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Gaji sebanyak RM54.00 sehari, KWSP dan juga elaun turut diberikan. Untuk maklumat lanjut sila baca keterangan iklan kerja kosong yang disediakan dibawah ini:
Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi (N17)

NAMA JAWATAN: Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi (N17)
STATUS: Kontrak selama 3 bulan
JUMLAH KEKOSONGAN: 500 Seluruh Malaysia
WAKTU BEKERJA: Waktu bekerja terpakai yang digunakan kepada pegawai awam
GAJI: RM 54.00 sehari, KWSP dan elaun perjalanan
TEMPAT KERJA: Di Pejabat Tenaga kerja Daerah atau Jabatan Tenaga Kerja Negeri

KETERANGAN TUGAS:
1) Melaksanakan penghantaran borang penyata National Employment Return (NER) kepada majikan- majikan swasta di premis perniagaan/kompleks membeli belah/kilang secara bersemuka (door to door) atau secara pos
2) Bertanggungjawab untuk menerima atau memungut kembali borang penyata
3) Memasukan data-data daripada borang NER yang telah diisi oleh majikan ke dalam komputer

KELAYAKAN / KELULUSAN
1) Minimum Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris
2) Boleh menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik
3) Boleh menggunakan computer dengan baik (MS Office)
4) Mempunyai lesen memandu B2 / D
5) Mempunyai kenderaan motosikal atau motokar
6) Boleh bekerja di luar pejabat

CARA MEMOHON

Sila memohon melalui jobsmalaysia.gov.my
Tarikh tutup permohonan : 29 Februari 2012.