Google Malays| Semalam menyaksikan satu pertandingan yang hebat antara artis bagi merangkul gelaran Juara Lagu 26. Sebanyak 12 lagu dipertandingkan pada peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-26. Dalam perebutan gelaran juara AJL 26 akhirnya lagu Awan Nano yang dinyanyikan oleh Hafiz dinobatkan sebagai juara AJL 26.Tempat kedua dimenangi oleh lagu gabungan tiga suara Jaclyn Victor/Shila Amzah/ Ning Baizura iaitu Beribu Sesalan manakala tempat ketiga lagu Karma nyanyi Faizal Tahir. Anugerah vokal terbaik juga dimenangi oleh Hafiz dan persembahan terbaik dimenangi oleh Alyah dengan lagunya Kisah Hati.
Disebalik kehebatan barisan artis dalam persembahan akhir Anugerah Juara Lagu Ke-26, fesyen artis di Karpet Biru AJL 26 tidak kurang hebatnya dengan pelbagai pakaian menarik. Berikut adalah beberapa keping gambar artis di Karpet Biru AJL 26 semalam.

