Salam. Seperti semua tahu Singapura dilanda banjir pada ahad lalu. Bencana kali ini merosakkan banyak harta benda termasuk supercar dan kereta mewah. Kereta yang diletakkan di tempat letak kereta bawah tanah St. Regis yang bernilai bernilai AS$16.27 juta (RM49.15 juta) gagal dialihkan dengan segera kerana maklumat mengenai banjir itu gagal diberitahu disebabkan sistem amaran banjir gagal berfungsi.
Antara kereta yang rosak teruk ditenggelami banjir ialah Lamborgini Gallardo, Ferrari yang bernilai AS$894,979 (RM2.7 juta), Aston Martin yang berharga AS$731,755 (RM2.21 juta), Porsche 911 yang berharga AS$406,530 (RM1.22 juta), BMW M3 yang berharga AS$284,012 (RM858,142) dan berpuluh-puluh lagi kereta mewah. Berikut merupakan beberapa gambar supercar dan kereta mewah yang ditenggelami banjir di Singapura.





