Seorang lagi komposer dan penulis lirik terkenal di Malaysia, Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaludin Sulik telah meninggal dunia. Berita ini Budiey terima menerusi laman Twitter dan SMS dari DJ Lin Suria Cinta pada malam ini. Di saat demam Akademi Fantasia AF9 bermula, laman twitter dan Facebook digemparkan dengan pemergian seorang penulis lirik terkenal.Jenazah Seri Bayu akan dikebumikan di Port Dickson, Negeri Sembilan tengahari esok hari (3 April 2011).
Selepas isterinya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau Erema menuntut cerai daripadanya, Seri Bayu mendapat belas ihsan daripada keluarga angkat dan rakan.
Al Fatihah. Semoga ruh Allahyarham dilimpahi rahmat oleh Yang Maha Esa.

