Popular Posts

Maybank2u.com meningkatkan ciri keselamatan

  Maybank telah menambah ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan pada portal perbankan internetnya, Maybank2u.com, bagi mengelakkan para penggunanya tertipu.

Timbalan Presiden dan Ketua Komuniti Perkhidmatan Kewangannya, Lim Hong Tat berkata, ciri-ciri baru itu mula diperkenalkan pada 27 Mac lalu dan ia berkaitan dengan proses log masuk serta transaksi-transaksi terpilih.

"Ciri-ciri terbaru ini akan melindungi para pengguna daripada tertipu oleh aktiviti-aktiviti penipuan yang membabitkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel 'phishing'.

Tambah beliau, ciri-ciri tambahan itu adalah sebahagian daripada program berterusan bank berkenaan untuk meningkatkan lagi penawaran perbankan internet serta melindungi para pengguna daripada terjebak dalam penipuan.