Siapa tak kenal Usop Wilcha.. Actually saya pun tak kenal sehinggalah menonton filem lawak seram Hantu Kak Limah Balik Rumah..haha.. Usop dalam cerita tue berlakon sebagai seorang lelaki lembut yang kurang bernasib baik dilanggar jentera membajak sehingga membuatkan hidup beliau seterusnya dibatasi dengan kerusi roda.Mungkin kerana wataknya yang lemah gemalai ramai di antara kita yang tidak menyangka yang Usop sudah berkahwin dan mempunyai isteri yang cantik dan anak yang comel. Nope.. isteri beliau bukanlah mak nyah tapi wanita tulen uols! Nama isteri beliau adalah Noorafiza Abdul Aziz yang baru sahaja berumur 28 tahun.
Anaknya pulak adalah Syed Caliph Umar yang berumur dalam lingkungan 1 tahun. Nama sebenar Usop adalah Syed Muhammad Asri dan di luar sana beliau menjawat jawatan sebagai Pengurus Komunikasi di Tanjung Offshore.





