Popular Posts

Cara sempoi Untuk Mendapatkan Trafik ke Blog Anda

Saya percaya ramai di antara rakyat Malaysia suka ber’blogging’. Tapi saya juga percaya masih ramai yang belum tahu. Walaubagaimanapun, anda semua boleh mengikuti mana2 kursus atau refer pada ebook2 yang ada sama ada yang percuma ataupun ebook berbayar. Tapi, setelah siapnya blog anda, masih ramai yang belum tahu bagaimana hendak menjaja atau mendapatkan trafik ke blog mereka kepada orang ramai?Baiklah, saya akan cuba share apa yang saya tahu serba sedikit tentang trafik atau SEO. Ini amat penting sekiranya blog itu sendiri adalah blog untuk menjana pendapatan melalui internet. Antaranya ialah :

1. Tinggalkan komen2 di blog - Ianya amat berkesan. Lebih2 lagi jika anda tinggalkan komen anda di blog2 yang sama niche dengan blog anda. Pastikan juga komen anda itu relevan dengan tajuk blog yang anda komen.

2. Lakukan Trackback - Hanya tinggalkan komen boleh dapatkan trafik dan link ke blog anda. Lebih2 lagi sekiranya anda dan blog yang anda link itu menggunakan WordPress, trackback berlaku dengan sendirinya.

3. Link Exchange - Bertukar link blog anda dengan blog lain. kalau boleh dapatkan blog yang memang ada ranking yang tinggi dan dikenali.

4. Guna Forum Signature - Join forum2 yang ada. Gunakan signature di forum untuk dapatkan trafik ke blog anda.

5. Guna Email Signature - Setiap email ada signature dan gunakan ia walaupun hanya sedikit trafik tapi ia masih relevan.

6. Submit Artikel - Kaedah yang agak berkesan dengan submit artikel2 yang anda tulis dan jangan lupa masukkan link blog anda. Submit ke direktori artikel.

7. Kaedah Video - Gunakan video untuk mendapatkan trafik ke blog anda. Eg : Youtube, dan jangan lupa masukkan url blo anda.

8. Membina Squidoo Lenses - Membina satu page tentang topic blog, ataupun berdasarkan keyword blog anda.

9. Bina Satelite Blog Percuma - Membina blog2 menggunakan blogspot atau wordpress.com dan link kan keyword didalam artikel blog percuma ini ke blog anda.
10. Link ke Flickr account - Letakkan url blog anda ke photo description dan jangan lupa komen photo2 orang lain.

11. Join Blog Network - Join blog network seperti 9Rules, WebLogs Inc atau mana2 blog network yang berkaitan.

12. Twitter Account - Dapatkan twitter account dan pasang pada blog anda.

13. Sosial Bookmarking - Kaedah lama tapi masih berkesan sebagai cara untuk mendapatkan trafik yang tinggi. Antaranya Delicious dan Digg.

14. Sosial Web - Join sosial web seperti Facebook, Friendster, Tagged dan lain2 untuk trafik.

Diharap dengan tertulisnya post ini dapat membantu anda semua mendapatkan trafik untuk menarik pengunjung ke blog anda. Tak kira sama ada untuk blog personal mahupun blog perniagaan dan juga blog affiliate anda. Semoga berjaya.