Popular Posts

Resume pemikat Majikan anda

Kerja Oh Kerja
Statistik pencari kerja di Malaysia menunjukkan daripada 200 orang yang memohon kerja hanya 45% sahaja yang berjaya dipanggil temuduga dan kurang separuh daripadanya berjaya mendapat kerja. Mana pergi yang lain? Sangat membimbangkan..
Ramai orang mintak kerja berkali-kali tapi tak pernah dapat…Di mana silapnya? Adakah pencapaian tak bagus? Yang hairannya pencapaian bagus pun tak dapat kerja juga…Zaman betul-betul sudah berubah!
Lepasan graduan pada alaf baru ni TERLALU ramai…yelah banyak sekarang ni orang pandai-pandai…tiap-tiap tahun, beribu-ribu lepasan graduan di IPT  dihasilkan…. tapi kerja yang ditawarkan terhad. Pasti anda kena bersaing. Ramai graduan terpaksa “menanam anggur” di rumah walaupun percapaian baik…Mengapa ini berlaku???
Ramai yang mendapat keputusan cemerlang dalam pengajiannya, CGPA 3.99, dapat anugerah dekan tiap-tiap semester tetapi masih gagal dapat kerja. Semuanya cemerlang, apa yang tak kena lagi ni???
Eh…anak makcik Limah tu bukannya pandai ker? Dari sekolah sampai Universiti dapat keputusan cemerlang. Anugerah sana…anugerah sini dia dapat tapi bila dah habis belajar ni kenapa dia tak keje?” – Tahukah anda banyak bekas graduan yang gagal dapat kerja…termasuklah anak makcik Limah yang pandai tu. Apakah puncanya???
Anda tak hairan ke mengapa ini terjadi? Jika anda rasa ini bukanlah masalah anda, anda mempunyai pilihan untuk…
Saya tanya anda, samada anda mahu:-
A Meneruskan pembacaan. Jika ini pilihan anda, anda bakal didedahkan dengan  rahsia-rahsia bagaimana penulisan resume yang baik mampu membantu anda mendapatkan kerja yang diidam-idamkan. (Jika ini pilihan anda…anda telah buat satu pelaburan yang bakal membantu masa depan anda sendiri – Syabas saya ucapkan…)
BTamatkan pembacaan di sini  dan anda boleh teruskan kehidupan biasa anda seperti sebelum ini. Anda mungkin ada jalan anda fikir lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang anda inginkan. Semoga berjaya buat anda!