Penduduk di Sumenep, Madura, digegarkan dengan penemuan ketam yang mempunyai perkataan 'Allah'. Ketam tersebut ditemui oleh Masjuri (30), salah seorang penangkap ketam.
Ketika ditemui di rumahnya, Masjuri mengatakan, ketam tersebut ditemui pertama kali di perairan Gersik Putih Gapura, tempat biasa dia menangkap ketam dengan jaring.
“Ketika itu seharian saya tidak mendapat ketam. Namun kira-kira jam 4.00 petang, umpan saya mula bergerak. Ketika diangkat ketam yang berukuran agak besar itu terus saya ikat dengan tali rafia,” kata Masjuri
Ketika membersihkannya, Masjuri terkejut melihat keanehan pada cengkerang ketam tersebut. Tulisan arab ‘alif’, ‘lam’, dan ‘ha’ lengkap dengan harkat dan membentuk lafaz perkataan Allah.
Keanehan ini tersebar ke seluruh Sumenep. Malah penduduk di luar daerah Madura turut datang ke rumahnya di Dusun Perreng Tale, Desa Parsanga, Madura JawaTimur.
Namun sayang kerana kurang mendapat rawatan, akhirnya ketam tersebut mati sebulan yang lalu.
“Saya akan menjaganya dengan baik dan tidak akan menjualnya meskipun dengan harga seberapa pun. Kerana ketam tersebut membawa berkah kepada saya dan keluarga,” tegasnya.
Popular Posts
-
Aku telah diterima kerja disalah sebuah syarikat di pahang.Berita itu amat menggembirakan aku yang sedang menganggur. Di Pahang aku menetap ...
-
KUALA LUMPUR – Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah mendedahkan telah menerima bayaran lumayan sebanyak AS$3400 (RM10,756) dar...
-
Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah merogol dan melakukan perhubungan seks menggunakan jari terhadap seorang remaja berus...