Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu Datuk Misbun Sidek memenuhi janjinya untuk mengutamakan kepentingan negara daripada terus berdiam diri sejak meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan badminton negara Disember lepas.
Beliau berkata, dalam beberapa pertemuan selepas peletakan jawatannya, Misbun pernah berjanji untuk tidak mengutamakan kepentingan peribadi dan tidak akan mengambil masa lama untuk membuat keputusan sama ada kembali menjadi jurulatih.
"Misbun telah berjanji pada saya bahawa apa jua keputusan yang dibuat adalah untuk kepentingan negara.
“Namun, beliau kena fikir adakah dengan mengambil masa yang lama ini memenuhi janji beliau untuk mengutamakan kepentingan negara,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Grand Prix Formula 1 Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata, latihan pemain badminton negara adalah lebih penting buat masa ini terutama prestasi anak didik Misbun, Datuk Lee Chong Wei.
Ahmad Shabery berkata, pemain nombor satu dunia itu mempunyai masa depan yang cerah dan tanpa kehadiran Misbun, Chong Wei perlu mengutamakan kepentingan negara terutama dalam pemburuan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik London 2012. – Bernama
Popular Posts
-
Aku telah diterima kerja disalah sebuah syarikat di pahang.Berita itu amat menggembirakan aku yang sedang menganggur. Di Pahang aku menetap ...
-
KUALA LUMPUR – Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah mendedahkan telah menerima bayaran lumayan sebanyak AS$3400 (RM10,756) dar...
-
Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah merogol dan melakukan perhubungan seks menggunakan jari terhadap seorang remaja berus...