Sudah pasti perkahwinan paling popular tahun ni adalah perkahwinan antara Putera William dan Kate Middleton yang akan diadakan pada 29 April ni.
Sejak sebulan yang lalu, kisah tentang dua mempelai ni tak pernah berhenti menghiasi pelbagai media. Kini ada khabar baru lagi. Dikatakan kini sudah ada filem yang akan mepersembahkan kisah asmara Putera William dan Kate Middleton.
Menurut laporan Splash News, filem berjudul WILLIAM AND KATE ni tak di restui oleh pihak kerajaan Inggeris. Filem yang dibuat khusus untuk ditayangkan di rangkaian televisyen Lifetime ni akan dibintangi oleh pelakon New Zealand, Nico Evers-Swindell dan pelakon Inggeris, Camilla Luddington. Nico akan memegang watak Putera William sementara Camilla akan menjadi Kate Middleton.
Filem ni akan mengisahkan tentang 'pencerobohan media' ke dalam kehidupan peribadi dua mempelai yang sedang dilamun cinta ni. Dalam trailer yang sudah tersebar di YouTube ni memperlihatkan Nico sempat berkata, "I just want to keep our relationship private." Di adegan lain terlihat Camilla sedang berendam di bath tub sambil minum segelas wain. Untuk lebih kepastian jom tengok trailer tentang filem nie.
Layannn...
Popular Posts
-
Aku telah diterima kerja disalah sebuah syarikat di pahang.Berita itu amat menggembirakan aku yang sedang menganggur. Di Pahang aku menetap ...
-
JOHOR BAHRU - "Bank tidak boleh lelong rumah saya kerana saya tidak terima satu sen pun pinjaman semula yang dibuat pada 2006. "Sa...
-
KANGAR: Lima awak-awak tempatan ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika cuba menyeludup keluar 2,000 liter diesel dengan ...


