Popular Posts

Faizal Tahir Terima Kehadiran Cahaya Mata Ke-4

GAMBAR ANAK FAIZAL TAHIR
Walaupun banyak cerita kurang enak yang kami dengar mengenai rumahtangga Faizal Tahir, namun yang pastinya dia dan isteri tetap bahagia. Buktinya, isteri Faizal Tahir iaitu Siti Raihanim Noran telah selamat melahirkan anak keempat mereka, bayi perempuan seberat 3.28kg pada hari Sabtu (semalam bersamaan dengan 19 Mac 2011) pukul 1.55 pagi.
Oleh itu, kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Faizal Tahir diatas kehadiran cahaya mata yang keempat ini. Kami turut mendoakan agar rumahtangga Faizal Tahir terus utuh. Amin..