Christina Aquilera kini dikatakan kembali dilihat mabuk bersama kekasihnya Matt Rutler (25) di tempat yang sama ketika kes mereka ditahan pihak berkuasa kerana memandu dalam keadaan mabuk, iaitu di restoran Mozza Osteria.
Perbuatannya ni dilihat sungguh berani bila mengingatkan tepatnya Selasa (1/3/2011), Christina telah di tahan polis akibat kesalahan yang sama.
“Dia bersikap seolah penangkapan itu tidak pernah terjadi. Ketika pelayan menawarkan makanan penutup, dengan santainya mereka meminta tambahan anggur. Christina kelihatan mabuk ketika itu,” kata seorang saksi, sebagaimana dilapor Usmagazine.com.
“Harusnya dia sedar dan mengambil iktibar dari penangkapan lepas. Tapi ternyatanya tidak. Dia terus dilihat membuang masanya setiap malam,” tambah sumber tersebut.
Berdasarkan keterangan saksi, sudah jadi kebiasaan Christina menghabiskan masanya setiap malam untuk bermabuk-mabukan di tempat tersebut. Anggur kini sudah menjadi sesuatu yang tak dapat dipisahkan dari kehidupan Christina.
sumber:-hotmalays
Popular Posts
-
Aku telah diterima kerja disalah sebuah syarikat di pahang.Berita itu amat menggembirakan aku yang sedang menganggur. Di Pahang aku menetap ...
-
KUALA LUMPUR – Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah mendedahkan telah menerima bayaran lumayan sebanyak AS$3400 (RM10,756) dar...
-
Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah merogol dan melakukan perhubungan seks menggunakan jari terhadap seorang remaja berus...