Bencana tsunami yang terjadi di Jepun kini telah menarik perhatian masyarakat dunia, tak terkecuali aktor Charlie Sheen. Sheen pun berniat untuk menderma sebahagian hartanya untuk korban bencana di sana.
"Pain & devastation in Japan demands us all to dig deep & LOVE THEM VIOLENTLY," tulis Sheen di Twitter peribadinya, seperti dilapor aceshowbiz, semalam (14/03/2011).
Sheen akan memberikan bantuan kewangan dengan menderma US$ 1 dari penjualan tiket pertunjukan teaternya, 'My Violent Torpedo of Truth/Defeat is Not An Option Show'. Dana yang dikumpulkan akan disalurkan melalui organinasi Palang Merah.
"Satu dollar dari setiap penjualan tiket pementasan 'My Violent Torpedo of Truth/Defeat is Not An Option Show' akan disumbangkan melalui Palang Merah Jepun untuk bantuan gempa," nyata Sheen di websitenya
Tiket pementasannya pun dah terjual habis dalam beberapa minit pada hari Sabtu (12/3/2011). Sedangkan pertunjukan akan diadakan pada April di Detroit, Michigan dan Chicago, Illinois, Amerika Syarikat.
Popular Posts
-
Aku telah diterima kerja disalah sebuah syarikat di pahang.Berita itu amat menggembirakan aku yang sedang menganggur. Di Pahang aku menetap ...
-
JOHOR BAHRU - "Bank tidak boleh lelong rumah saya kerana saya tidak terima satu sen pun pinjaman semula yang dibuat pada 2006. "Sa...
-
KANGAR: Lima awak-awak tempatan ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika cuba menyeludup keluar 2,000 liter diesel dengan ...


