Alhamdulillah, seronok dengar bila Datuk Siti nie berjaya mencapai hajat untuk mendirikan masjidnya sendiri baru-baru nie. Dia buat masjid betul-betul tau, bukannya dia kawin baru. Kang tak pasal-pasal cerita baik jadi cite lain plak. Bukan boleh percaya budak-budak nie...haha

Masjid nie merupakan salah satu impian Datuk Siti dan Datuk K sejak dulu lagi. Tahniahlah kepada Datuk Siti dan suami kerana berjaya mendirikan masjid yang indah ni dan telahpun di rasmikan oleh Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (Sultan Kedah). Menerusi dana dari Yayasan Nurjiwa masjid nie telah diberi nama Masjid Al-Khalidah. Yelah, dunia tu dunia jugak kan, tapi bekalan akhirat tu jauh lebih penting


