
Sekitar jam 5 petang pada 25 Februari, air hujan telah membasahi bumi, awan sudah mulai gelap. Memberikan suasana yang amat tenang. Suasana itu umpama menyediakan para peminat Maher Zain untuk menyaksikan konsert beliau.
Tetapi setelah hujan reda, lagu-lagu Maher Zain yang tenang dan berunsurkan agama bagaikan menyerikan sinar malam di Stadium Malawati, Shah Alam.
Penyanyi dan penggubah lagu antarabangsa Sweeden ini memulakan kariernya di persada antabangsa dengan jayanya bermula pada November 2009 yang lalu. Meninggalkan dunia gelapnya di New York, Maher menyertai syarikat Awakening Records dan melancarkan album sulungnya yang berjudul ‘Thank You Allah’. Ternyata hijrah ke arah kebaikan yang dilakukan oleh anak kelahiran Lubnan ini tidak sia-sia. Album sulung Maher Zain telah meletup di serata dunia dan menjadi fenomena yang baik di kalangan masyarakat termasuklah di Malaysia.
Selepas persembahan sulungnya pada Oktober 2010 lalu, Maher Zain kembali ke Malaysia untuk konsert secara langsungnya yang lebih besar lagi iaitu `Maher Zain – Live In Concert’.
Konsert besar-besaran ini ternyata meriah dengan Maher diiringi oleh gabungan pemuzik-pemuzik hebat dari tempatan dan antrabangsa.
Konsert dimulakan dengan persembahan artis nasyid tempatan, Inteam. Selepas mendendangkan dua lagu mereka, para penonton disajikan dengan persembahan dari Irfann Makki dari Kanada yang juga mendendangkan dua lagu.
Akhirnya, saat-saat yang dinantikan oleh para penonton, Maher Zain mengambil alih pentas dengan memulakan dengan lagu, Always Be There.
Setelah memainkan tiga lagu, Maher memberikan kejutan kepada peminat tempatan dengan berduet dengan penyanyi utama band Indonesia, Padi, Fadly. Mereka menyanyikan lagu Insya-Allah; Maher menyanyikan bahagian Inggeris manakala Fadly menyanyikan bahagian bahasa Melayu lagu tersebut.
Di samping itu, konsert Maher Zain kali ini sememangnya taraf antarabangsa, selain dari Inteam dari Malaysia, Fadli dari Indonesia, dan Irfan Makki dari Kanada, artis lain yang turut membuat persembahan adalah rakan seangkatan Maher iaitu Mesut Kurtis dari Makedonia.
Sebaik sahaja selesai berduet dengan Mesut, Maher memberi peluang untuk Mesut mengambil alih pentas dan menyanyikan beberapa lagu agar Maher dapat berehat sebentar di belakang pentas.
Kemudiannya, Maher kembali ke pentas dengan menyanyikan buat pertama kali lagu, Freedom. Lagu tersebut belum pernah didengari oleh peminat-peminat Maher Zain. Itu adalah kerana lagu tersebut baru ditulis of Maher seminggu setengah yang lalu. Revolusi di Tunisia, Egypt dan Libya telah memberi inspirasi kepada Maher untuk menulis lagu tentang perjuangan rakyat di sana.
Sebelum mengakhiri konsert, Maher sempat memberikan satu lagi kejutan untuk peminat-peminatnya dengan mendendangkan lagu Insya-Allah versi Melayu tetapi kali ini beliau menyanyikan lagu itu sepenuhnya dalam bahasa Melayu tanpa bantuan sesiapa.
Selain itu, untuk memeriahkan lagi konsert Maher Zain, satu karnival jualan juga telah diadakan di perkarangan Stadium Malawati. Karnival itu dihiasi dengan pelbagai acara antaranya Pertandingan Menyanyi Lagu Maher Zain, Pertandingan Nasyid, Persembahan Nyanyian dari Artis Tempatan serta beberapa slot acara yang akan diisi oleh penyiar rasmi bagi konsert iaitu IKIM.fm dan majalah Anis. sumber: gua.com