BANTING: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang didakwa membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Majistret Hurman Hussain menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Pada 13 Oktober tahun lalu, Pathmanabhan, 41, TThilaiyagan, 19; R Matan, 20; dan RKhatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di sini pada 30 Ogos tahun lepas.
Pada 21 Februari lalu, dua lagi pekerja ladang, K Sarawanan, 20, dan U Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik itu dan tiga yang lain.- Bernama.
Popular Posts
-
Aku telah diterima kerja disalah sebuah syarikat di pahang.Berita itu amat menggembirakan aku yang sedang menganggur. Di Pahang aku menetap ...
-
JOHOR BAHRU - "Bank tidak boleh lelong rumah saya kerana saya tidak terima satu sen pun pinjaman semula yang dibuat pada 2006. "Sa...
-
KANGAR: Lima awak-awak tempatan ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika cuba menyeludup keluar 2,000 liter diesel dengan ...

